Mengurangkan kesan kesihatan dari sinaran pengion Sinaran_pengion

Sungguhpun dedahan kepada sinaran pengion membawa risiko, ia adalah mustahil bagi mengelakkan pendedahan sepenuhnya. Radiasi sememangnya sentiasa hadir dalam persekitaran dan badan kita. Kita bagaimanapun, mampu mengelakkan pendedahan yang tidak diperlukan.

Sungguhpun manusia tidak dapat mengesan sinaran pengion, terdapat julat perkakasan mudah, sensitif yang mampu mengesan sumber radiasi dari semulajadi dan buatan.

Dosimeter mengukur dos mutlak diterima dalam tempoh masa. Dosimeter kebuk-ion menyerupai pen, dan boleh dikepitkan pada pakaian seseorang. Dosimeter lencana-filem mengelilingi kepingan filem fotografi, yang akan terdedah ketika radiasi melepasinya. Dosimeter kebuk-ion perlu dicas semula secara berkala, dan keputusannya dilog. Dosimeter lencana-filem mesti diproses dalam emulasi fotografi agar dedahan boleh diukur dan dilog; selepas diproses, ia dibuang.

Pengira Geiger dan skintillometer mengukur secara langsung kadar dos sinaran pengion.

Selain itu, terdapat empat cara bagi kita melindungi diri kita:

Masa: Bagi mereka yang terdedah kepada radiasi tambahan kepada radiasi latar, menghad atau mengurangkan tempoh pendedahan akan mengurangkan dos dari sumber radiasi.

Jarak: Sama sebagaimana haba dari api kurang panas apabila semakin jauh anda berada, begitu juga kekuatan radiasi berkurangan apabila anda semakin jauh dari sumber radiasi. Dos berkurangan dengan jelas apabila anda menjarakkan diri dari sumber.

Perisai: Perisai dari timah hitam, konkrit, atau air memberikan perlindungan yang baik dari radiasi menembusi seperti pancaran gamma dan neutron. Ini adalah mengapa sesetengah bahan radioaktif tertentu disimpan atau dikendali bawah air atau melalui kawalan jauh dalam bilik dibina dari konkrit tebal atau dilapisi timah hitam. Terdapat perisai plastik khas yang menghentikan partikel beta dan udara akan menghentikan partikel alpha. Meletakkan perisai yang bersesuaian antara anda dengan sumber radiasi akan mengurangkan dengan banyaknya atau menyingkir dos radiasi tambahan.

Perisai boleh direka menggunakan ketebalan separuh, ketebalan bahan yang mengurangkan radiasi separuh. Ketebalan separuh bagi pancaran gamma dibincangkan dalam rencana pancaran gamma.

Bekas: Bahan radioaktif disimpan dalam ruang terkecil mungkin dan terasing dari persekitaran. Isotope radioaktif bagi kegunaan perubatan, sebagai contoh, diedarkan dalam kemudahan pengendalian tertutup, sementara reaktor nuklear beroperasi dalam sistem tertutup dengan halangan berganda bagi mengekalkan bahan radioaktif tersimpan. Bilik mempunyai tekan udara rendah agar sebarang kebocoran berlaku kedalam bilik dan bukannya keluar darinya.

Dalam perang nuklear, perlindungan bahan gugur (fallout shelter) yang berkesan mengurangkan pendedahan manusia sekurang-kurangnya 1,000 ganda. Kebanyakan manusia mampu menerima dos setinggi 1 Gy [perlu rujukan], tersebar dalam tempoh beberapa bulan, sungguhpun ancaman risiko barah meningkat berikutnya. Langkah pertahanan awam lain mampu mengurangkan dedahan pada populasi dengan mengurangkan penghadaman isotop dan pendedahan pekerjaan semasa waktu perang. Satu dari langkah tersedia mungkin penggunaan pil (KI) potassium iodide yang menghalang dengan berkesan penyerapan iodin berradioaktif kedalam kelenjar tiroid manusia.

Rujukan

WikiPedia: Sinaran_pengion http://www.belleonline.com/ http://www.ki4u.com/free_book/s60p792.htm http://www.lewrockwell.com/miller/miller12.html http://www.pocketrad.com/articles/householdsources... http://books.nap.edu/catalog/11340.html?onpi_newsd... http://www.nap.edu/execsumm_pdf/11340.pdf http://cnts.wpi.edu/RSH/Docs/Pollycove2000_Symp_on... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://toxnet.nlm.nih.gov/cgi-bin/sis/search/r?dbs...